PETALING JAYA – Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dilihat paling menghampiri jawatan Ketua Puteri Umno yang baharu berikutan jauh meninggalkan pesaing sengitnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 32 undi.
Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 5 petang ini, Nurul Amal dengan 85 undian, berpeluang cerah mengambil tempat penyandangnya sebelum ini, Datuk Zahida Zarik Khan.
Selain itu, pesaingnya yang lain iaitu Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun meraih sebanyak 30 undi, Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (empat undi), Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar (14 undi) dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan (16 undi).
Sementara itu, Siti Sokhleha Nordin yang memperoleh 109 undi, meraih jawatan Naib Ketua Puteri Umno. – KOSMO! ONLINE