fbpx

UMNO terbuka pinda had usia jawatan Ketua Pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

JOHOR BAHRU – UMNO terbuka dengan cadangan untuk mengehadkan usia calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda parti itu kepada 40 tahun sahaja berbanding tanpa had usia, ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan mengikuti prosedur sewajarnya.

Menurut beliau, prosedur itu termasuklah perlu mendapatkan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Ketika saya jadi Ketua Pemuda UMNO dahulu, saya juga ada terfikir seperti itu (hadkan usia Ketua Pemuda UMNO kepada 40 tahun), namun sehingga kini situasi masih dikekalkan mengikut kesesuaian.

“Namun perbincangan mesti diadakan sebelum perkara itu boleh mendapat kelulusan, ia perlulah dibawa ke pengetahuan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan parti, sebelum boleh dibincangkan di peringkat MKT, dan akhirnya perlu dipersetujui di peringkat PAU,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pengenalan Calon-Calon Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan beliau tidak tidak mengamalkan sikap ‘favouritism’ dalam mempengaruhi perwakilan untuk memilih mana-mana calon dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini.

“Semua yang bertanding ini kawan-kawan, saya tiada ‘favouritism’ dalam mempengaruhi perwakilan untuk memilih calon-calon, sebaliknya saya tahu perwakilan semakin bijak, mereka tahu mana kaca dan mana berlian.

“Walaupun dalam pemilihan kali ini, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, namun saya tetap berkunjung ke setiap negeri untuk bersama-sama semua calon, itu adalah komitmen saya untuk UMNO negeri-negeri dan UMNO Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI