fbpx

Keputusan akhir EIA projek tambak laut belum dimuktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (dua dari kanan) bersama Kon Yeow (dua dari kiri) ketika majlis perasmian Karnival Alam Kita di pekarangan Stadium Batu Kawan hari ini.

SEBERANG PERAI – Keputusan akhir Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tambakan laut Penang South Island (PSI) yang dijadual dimuktamadkan bulan Mac bagaimanapun masih belum dapat ditentukan buat masa ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan keputusan itu akan diperoleh dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ya, kita ada buat ‘submission’ (penyerahan EIA) pada bulan Januari (lepas) dan saya tak pasti tamat tempohnya bila.

“Tapi, ‘evaluation’ (penilaian) projek itu memang ‘on going’ (masih berjalan) ketika ini,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis perasmian Karnival Alam Kita 2023 di pekarangan Stadium Batu Kawan, hari ini.

Ini kali ketiga EIA untuk projek itu dihantar selepas ia ditolak sebelum ini dan kini ia di peringkat penilaian semula di Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, kelulusan EIA sebenarnya bergantung kepada pihak yang meluluskan iaitu penggerak projek selaku pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal itu.

Katanya, jika laporan yang dikemukakan itu tidak ‘longgar’, EIA untuk PSI pastinya tidak akan disemak atau dinilai lebih daripada sekali.

“Jadi, apa yang saya cuba katakan di sini ialah, proses (EIA) itu agak ‘rumit’, namun ia bergantung kepada sokongan yang diterima sama ada untuk meneruskan projek tersebut atau sebaliknya,” katanya pihaknya juga sedang cuba menambah baik proses tersebut agar menjadi lebih efektif pada masa depan.

Dalam pada itu katanya, kerajaan komited untuk menyiapkan projek-projek yang menjadi keutamaan seperti tebatan banjir dan sebagainya seperti yang diluluskan dalam peruntukan sebanyak RM15 bilion oleh kerajaan sebelum ini.

“Jadi, apabila kerajaan baharu dipilih (selepas pilihan raya umum) dan kita tengok balik projek itu.

“Saya ingat PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut semalam, apa yang dijimat itu kita boleh ‘spend’ (guna) untuk projek lain. Kita tak nak membazir sebab projek-projek tebatan banjir ini sebagai contoh ‘high in demand’ (mendapat permintaan yang tinggi),” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI