PETALING JAYA – Selepas beberapa bulan menyimpan kemas rahsia, penyanyi YonnyBoii bakal bergelar bapa selepas isterinya, Nik Nazira mengumumkan kehamilan sulungnya, hari ini.
Berita gembira tersebut dikongsikan Nazira dalam hantaran Instagram, namun dia tidak mendedahkan usia kandungannya.
“Setelah beberapa bulan merahsiakan, kini saya mahu berkongsi kehamilan yang tinggal beberapa bulan dengan awak semua.
“Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan ayah kelak.
“Mohon doakan urusan kami dan anak kecil dipermudahkan (saya tahu saya kelihatan kurang berkongsi asalkan bayi selamat),” kata Nazira, 24.
Sejurus berkongsi berita tersebut sebentar tadi, perkongsian Nazira dihujani komen dan doa daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan kesejahteraannya.
“Alhamdulillah, tahniah bakal ibu ayah,” ujar Alif Satar.
“Saya bakal menjadi pakcik kelak?,” tanya Meer Nash dengan teruja.
Sekadar info, YonnyBoii mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 lalu dengan pasangannya Nazira secara rahsia, namun hanya mendedahkannya kepada umum enam hari selepas itu.
Pasangan muda itu berkahwin dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat. -KOSMO! ONLINE