fbpx

Liga Super: Jangan ikut kepala sendiri – Nafuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KDA FC masih dalam proses menyesuaikan diri dengan cara yang dimahukan oleh Nafuzi ketika ini. – FB KEDAH DARUL AMAN FC

SELEPAS kecewa di pentas Piala FA, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu segera ‘melepaskan geram’ dan menebus kecewa de­ngan keputusan lebih baik dalam saingan Liga Super.

Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata tiada guna untuk me­ratapi kekecewaan dan kini perlu menyiapkan strategi terbaik untuk menghadapi Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini.

Menerusi perubahan yang dilakukan pasukan musim ini, Nafuzi juga akui tugas terpen­tingnya sekarang adalah cuba mengubah tabiat pemain supaya lebih seiring dengan peranca­ngan pasukan.

“Kita mahu mara (dalam sai­ngan Piala FA), tetapi apabila terkeluar, kita perlu fokus kepada Liga Super dan Piala Malaysia. Kami adalah pasukan baharu dan sudah pasti masih banyak perkara perlu dibaiki, individu mahu pun pasukan.

“Pemain kena faham cara saya mahukan, mereka tidak boleh main dengan cara mereka. Untuk ubah tabiat pemain bukan senang, tetapi jika pemain dapat faham taktikal pasukan, mereka pasti akan faham dengan cepat,” katanya.

Sekalipun tewas 3-4 kepada Penang pada penentuan penalti saingan Piala FA, bekas pengendali Terengganu itu akui prestasi pasukan pada perlawanan Rabu lalu adalah yang terbaik setakat ini.

“Untuk pemain, ada dua perkara sahaja, sabar dan cuba gerakan bola. Kalau terlalu (main) individu dan memaksa diri, susah juga. Jadi, saya mahu me­reka kekal bersabar dan tunggu­ masa terbaik untuk dapatkan ja­ringan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI