SELEPAS mengumumkan akan melancarkan debut solo, ahli Blackpink iaitu Jisoo kini sedang berseronok meluangkan masa dengan peminat.
Pada 7 Mac lalu dalam aplikasi Weverse, dia banyak berkomunikasi bersama peminat tetapi tidak mendedahkan bayangan mengenai lagu debutnya.
Dalam keterujaan melancarkan menanti detik pelancaran, Jisoo akui berasa bimbang, namun bersyukur mendapat sokongan penuh daripada peminat dan ahli Blackpink yang lain.
Semasa berkomunikasi bersama peminat, dia hanya mendedahkan tentang konsep warna bagi kedua-dua album yang bakal dilancarkan.
Setelah berfikir panjang, akhirnya dia memilih warna merah dan hitam bagi kedua-dua album tersebut.