fbpx

Lelaki hilang 2 inci saman lebih RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang menghadapi masalah zakar telah pergi ke Hospital La Fe di Valencia di mana doktor memberitahunya bahawa kemaluannya tidak dapat dipulihkan. - Foto Google

MADRID –  Seorang pesakit menuntut ganti rugi hampir £60,000 (RM326,325) berikutan  kemaluannya yang bengkok berakhir 5.99 sentimeter (2 inci) lebih pendek selepas menjalani pembedahan pembetulan di Sepanyol, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki itu menuntut pampasan £59,714 (RM324,770) daripada Perkhidmatan Kesihatan Murcian, selatan Sepanyol. Ia berikutan pembedahan membetulkan zakarnya mengakibatkan saiz organ tersebut berubah, demikian menurut media tempatan.

Lelaki itu berkata, dia juga tidak dapat mengekalkan ereksi dan melakukan hubungan intim.

Dalam tuntutan di mahkamah, lelaki yang namanya tidak didedahkan kerana faktor privasi itu berkata,  dia menjadi mangsa kecuaian Hospital Cartagena kerana tiada siapa memberi amaran kepadanya tentang risiko pembedahan tersebut.

Lelaki tersebut juga berkata bahawa dia kemudian pergi ke Hospital La Fe di Valencia, di mana doktor telah memberitahunya bahawa masalah yang dihadapinya itu tidak dapat dipulihkan.

Bagaimanapun, Majlis Undang-undang Wilayah Murcia (CJRM) dilaporkan menolak dakwaannya dan  berkata, doktor di Hospital Cartagena telah memberitahu pesakit tentang kemungkinan pembedahan itu boleh menyebabkan dia mempunyai zakar lebih pendek.

Pada masa ini tidak jelas sama ada lelaki itu merancang untuk merayu keputusan CJRM atau membawa kesnya ke mahkamah  lebih tinggi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI