fbpx

Banjir: Kerajaan akan pastikan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (lima dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada penerima bagi Program Transformasi Kualiti Produk (PTKP) sempena lawatan kerja di Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Kerajaan akan mengkoordinasikan permasalahan berhubung keadaan pasca banjir bagi memastikan murid dan pelajar sekolah dapat memulakan sesi persekolahan 2023 yang akan bermula Ahad ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, koordinasi itu akan dilaksanakan bagi memastikan 17 buah sekolah yang terjejas akibat banjir di seluruh negeri Johor dapat memulakan sesi persekolahan meskipun dalam keadaan tidak kondusif.

Menurutnya, Jawatankuasa Bencana Negara akan bekerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beberapa agensi lain untuk menyelesaikan masalah dengan kadar segera.

“Perkara ini telah kita perbincangkan diperingkat Jawatankuasa Teknikal Bencana Negara, jadi permasalahan yang timbul di mana-mana kawasan banjir seluruh negara inilah pasca banjir ramai yang nak membantu ketika banjir, tetapi pasca banjir banyak lagi.

“Bagi 17 buah sekolah ini biarpun hanya menggunakan premis-premis sementara tetapi koordinasi akan dilakukan tentunya dengan Nadma, APM, dan beberapa agensi lain bersama-sama Jawatankuasa Bencana peringkat negeri dan daerah.

“Yang penting murid-murid dan pelajar-pelajar boleh terus belajar walaupun mungkin tidak terlalu kondusif keadaannya tetapi kita akan iktiarkan supaya dapat diselesaikan segera yang mungkin,”katanya.

Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Bandar Tenggara di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengurus Besar Kejora, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyegerakan peruntukan dana untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih 17 buah sekolah di Johor dapat diselesaikan sebelum 19 Mac ini.

Terdahulu, Azmi memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri mencatatkan sedikit peningkatan kepada 42,706 penduduk setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jumlah itu membabitkan 12,047 keluarga yang ditempatkan di 152 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak, menurut maklumat terkini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Ujarnya, jumlah itu meningkat berbanding 42,638 mangsa daripada 12,049 keluarga di 155 PPS yang direkodkan 8 pagi tadi.

Beliau berkata, daerah paling teruk terjejas banjir iaitu Batu Pahat terus merekodkan pertambahan jumlah mangsa daripada 39,870 penduduk kepada 39,944.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI