fbpx

Polis Johor kesan suspek ugut bunuh kumpulan Radja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesan individu yang terlibat dalam insiden ugutan jenayah dan melemparkan kata-kata kesat terhadap kumpulan rock Indonesia, Radja malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 05.34 pagi mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, ekoran laporan itu, pihaknya merakam percakapan semua mangsa yang terlibat.

“Pihak polis merakam percakapan kesemua mangsa dan sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Radja Band membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor Bahru hari ini.

Difahamkan, insiden bermula ekoran berlaku salah faham antara pihak penganjur konsert dan band berkenaan sehingga menyebabkan dua lelaki melempar kata-kata kesat dan ancaman bunuh.

Vokalis kumpulan itu, Ian Kasela memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan berhubung sesi ‘Meet And Greet’ antara band tersebut dengan peminat serta beberapa lagi aktiviti lain yang dirancang pihak penganjur.

“Kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam, yang mana kami dimaki dengan kata-kata kesat. Individu tersebut turut memberikan ugutan bunuh kepada kami sekiranya masih berada di Malaysia.

“Kami rasa agak kecewa kerana melakukan yang terbaik untuk konsert dan peminat, malah kami turut meluangkan masa untuk bergambar bersama peminat sewaktu konsert berlangsung.

“Apa yang membimbangkan adalah ada antara kami datang ke sini bersama ahli keluarga termasuk anak-anak kecil, jadi perkara itu merisaukan,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI