fbpx

Baju sama dengan pakaian pesakit, gadis ditahan ‘pak guard’ hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian sepupu gadis terbabit di TikTok.

PETALING JAYA – Fesyen dikenakan seorang gadis yang kelihatan seperti baju yang dipakai pesakit di sebuah wad hospital sehingga menyebabkan dia dilarang keluar oleh pengawal keselamatan menjadi tular di media sosial ketika ini.

Menerusi perkongsian Epal Manis di TikTok, sepupunya itu dilihat hanya mampu ketawa menahan malu ekoran insiden tersebut.

“Punca kenapa sepupu aku kena tahan dengan ‘pak guard’ (pengawal keselamatan), tak bagi keluar wad baju dia sama dengan pesakit,” tulisnya pada kapsyen.

Orang ramai turut geli hati dengan perkongsian tersebut, malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

“Sama macam aku . Pergi tengok sepupu juga dekat wad. Makcik sebelah siap tegur, adik dari wad mana?,” kata Intanpayung.

“Pelawat? Tadi tengok video tengah kenduri makan ingatkan jiran katil sebelah,” komen Analeesyanana.

“Ya kak, saya pun pernah pakai baju macam ni pergi melawat pesakit tengah sembang-sembang jururawat marah, awak buat apa sini wad lelaki,” kongsi seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI