PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada dan buruk bagi beberapa bahagian barat negeri Sarawak hari ini.
Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga ke lewat malam nanti.
MetMalaysia menerusi laporan di YouTube berkata, pihaknya menasihati penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa peka dengan cuaca terkini terutama mereka yang tinggal di kedudukan rendah.
Sementara itu, bagi negeri di Semenanjung, MetMalaysia melaporkan keadaan cuaca yang baik dan cerah di keseluruhan kawasan serta dijangka kekal sehingga ke lewat pagi ini.
Bagaimanapun, hujan satu dua tempat dilihat berlaku di negeri Sarawak dan juga Sabah, namun bakal kembali reda tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE.