fbpx

Lelaki mati dibunuh di ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa terbaring di atas jalan dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Lundu malam tadi.

LUNDU – Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata mangsa yang juga pekerja di ladang berkenaan dikenali sebagai Alexander Bida, 25, dari Kampung Senibong Sejirin, Lundu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan kelar di muka.

Menurut salah seorang saksi yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan, kira-kira pukul 9.20 malam, mangsa memberitahu mahu berjumpa dengan adiknya di hadapan pagar pondok pengawal.

Beliau berkata setelah lebih kurang 10 minit menunggu di pondok pengawal, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi jalan pada jarak lebih kurang 100 meter dari pondok pengawal.

“Mangsa yang masih bujang itu bergerak dari pondok pengawal menuju ke arah kereta terbabit. Kira-kira lima minit kemudian, saksi melibat mangsa berlari ke arah pondok pengawal sambil dikejar suspek.

“Sampai di hadapan pagar pondok pengawal, mangsa rebah di atas jalan. Melihat keadaan mangsa rebah, suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah Perodua Bezza berwarna perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Damataries berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Lundu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI