fbpx

Tiada isu kroni, ‘kabel’ beli Rumah Selangorku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah meninjau tapak pameran program itu di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menafikan  dakwaan wujud isu kroni atau penggunaan ‘kabel’ pihak tertentu dalam urusan pembelian rumah pertama projek Rumah Selangorku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail menegaskan, semua proses permohonan bagi perumahan itu wajib  dilakukan secara atas talian.

Katanya, permohonan itu menerusi sistem khas yang dipantau sepenuhnya oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) da ia diteliti sepenuhnya dan kita bukannya sudah ada nama pembeli tertentu.

“Justeru, tidak timbul isu kroni atau kabel untuk membeli Rumah Selangorku kerana ia meliputi syarat yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran BPEX Mega Harta Tanah Bumitera Selangor di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuh daripada lapan projek perumahan terbengkalai di Selangor sejak 1993 sudah diselesaikan pihaknya setakat ini meliputi daerah Hulu Selangor dan Gombak.

“Kini, hanya satu lagi projek iaitu di Bukit Cherakah, Shah Alam yang akan cuba diselesaikan kelak,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI