fbpx

Bosan duduk di PPS, mangsa banjir balik cuci rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEROZ KHAN ketika ditemui sewaktu pulang ke rumahnya di Kampung Parit Sauh, Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Akibat terlalu lama tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS), seorang juru­elektrik dari Kampung Parit Sauh, di sini mengambil kesempatan pulang untuk membersihkan rumah pada waktu siang bagi menghilangkan kebosanan.

Feroz Khan Mukarab Khan, 29, berkata, kesempatan itu digunakan untuk membersihkan lumpur banjir di dalam kediaman selepas air makin surut dan hanya berada di halaman rumah.

“Selepas lebih seminggu tanpa sebarang pekerjaan kerana banjir, saya ambil langkah pulang ke rumah setiap hari bagi menghilangkan kebosanan.

“Jika air surut sepenuhnya pasti saya dan adik lelaki sibuk kerana mahu membuat pemeriksaan pendawaian letrik di rumah mangsa-mangsa banjir,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh mangsa banjir hanyalah memastikan setiap pendawaian letrik di rumah mereka boleh digunakan dengan selamat.

“Kami yang tinggal di PPS juga sudah jemu berada di sana jadi ambil peluang air yang beransur-ansur surut ini membersihkan rumah,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Halim Kamal, 39, yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir Kampung Parit Sauh dilanda banjir adalah pada 2007, namun tidak selama yang berlaku tahun ini.

Katanya, jika sebelum ini ha­nya lima hari di PPS, namun kali ini sudah menjangkau lapan hari dan berkemungkinan akan berada di sana sehingga seminggu lagi.

“Keadaan ini mungkin berlaku sekiranya banjir termenung yang mana air terus bertakung di kawasan kampung dalam tempoh yang lama sebelum kering sepenuhnya.

“ Sekiranya berlaku, pasti akan menyukarkan penduduk untuk bekerja khususnya ke kebun kelapa sawit yang diusahakan bersama keluarga,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI