fbpx

Bapa paksa anak ‘hadap’ permainan video 17 jam demi beri pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu dipaksa bermain telefon sehingga dibenarkan cuti sekolah. - Oddity Central

BEIJING – Seorang bapa di wilayah Shenzhen, China memaksa anak lelakinya bermain permainan video sehingga tidak berdaya selepas kanak-kanak itu ditangkap bermain telefon bimbit pada pukul 1 pagi (waktu tempatan), lapor laman berita Oddity Central semalam.

Bapa tersebut memberitahu akhbar Metropolis Times bahawa dia berasa berang setelah mendapati anaknya bermain telefon bimbit sehingga lewat malam sedangkan kanak-kanak itu perlu bersekolah pada keesokan hari.

Dia ingin memberi pengajaran kepada anaknya supaya tidak melupakan kesalahannya.

Oleh yang demikian, lelaki itu ‘membenarkan’ anaknya bermain dan tidak tidur, selain menyuruh kanak-kanak agar tidak pergi ke sekolah selama sehari supaya boleh terus bermain.

Budak lelaki itu pada awalnya didakwa menikmati peluang yang diberikan dan terus bermain di bawah pengawasan bapanya sehingga pukul 7 pagi (waktu tempatan). 

Namun, ketika dia mula mengantuk dan cuba meletakkan telefon, bapanya berulang kali mengejutkannya kembali. Lelaki itu sanggup mengambil cuti bekerja selama sehari untuk memastikan anaknya terus bermain.

Pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan), iaitu selepas budak tersebut bermain telefon selama 17 jam, dia merayu kepada bapanya untuk membenarkan dia tidur.

Dia kemudian bersetuju untuk menandatangani perjanjian bertulis dengan berjanji tidak lagi akan melakukan perbuatan sedemikian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI