fbpx

Lelaki bunuh kucing dipaksa makan najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum wajahnya dilumuri najis. - AsiaWire

BEIJING – Seorang lelaki di China yang didapati menyeksa dan membunuh kucing telah dipaksa memakan najis oleh sekumpulan pencinta haiwan, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Lee itu merupakan seorang pekerja pejabat dari wilayah Suzhou.

Menurut laporan tempatan, Lee didakwa mendera dan membunuh kucing sebelum berkongsi rakaman pembunuhan itu di laman media sosial sambil menyamar sebagai penyelamat haiwan terbiar.

Kejadian itu dibongkar oleh seorang pengguna media sosial yang menggesa penduduk di seluruh China untuk menjejaki pembunuh tersebut. Enam individu kemudian berjaya menjejaki Lee di sebuah pusat beli-belah pada 25 Februari lalu.

Setelah menyerang hendap Lee, mereka menahan lelaki itu sementara yang lain menamparnya dan bertanya beberapa soalan.

Dalam sebuah rakaman yang memaparkan pertengkaran itu, Lee didapati mengaku membunuh lima ekor kucing pada satu malam. Dia kelihatan cedera dengan mukanya yang lebam dan berdarah. 

Kumpulan itu kemudian melumuri wajah Lee dengan najis sebelum dia dipaksa berlutut dan memakan najis tersebut.

Polis Suzhou telah melancarkan siasatan ke atas insiden tersebut dan memandang serius perkara itu, manakala Lee dan mereka yang terlibat dalam serangan itu akan disiasat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI