fbpx

EPL: Erik Ten Hag lega Martial kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL sudah menyertai sesi latihan penuh United sejak beberapa hari lalu dan bersedia untuk diturunkan menjelang aksi menentang Southampton malam ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan bahawa pe­nyerangnya, Anthony Martial akan kembali memperkuatkan pasukan itu menjelang aksi menentang Southampton di Old Trafford malam ini.

Pemain dari Perancis itu mengalami lima siri kecederaan sepanjang kempen musim ini dan sudah lima minggu diketepikan ekoran kecederaan pinggul ketika perlawanan menentang Nottingham Forest sebelum ini.

Martial kembali menjalani sesi latihan penuh bersama pasukan itu sejak persediaan menentang Real Betis pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat lalu dan Ten Hag mengesahkan bahawa pemain itu sudah bersedia untuk diturunkan pada aksi menentang The Saints nanti.

“Kami mempunyai peranca­ngan yang baik, tetapi adakala­nya ia tidak begitu menjadi. Martial akan kembali beraksi, dia sudah menjalani latihan, namun kami perlu berhati-hati supaya kecederaannya tidak berulang,” katanya.

Musim ini menyaksikan Martial berjaya mempamerkan aksi yang boleh dianggap cemerlang apabila meledak enam gol dan melakukan dua umpanan gol dalam 14 penampilan, tetapi masalah kecederaan membataskan keinginannya untuk membantu United.

Martial sudah terlepas 28 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan perlu segera membuktikan kemampuannya sekiranya mahu terus kekal atau terpaksa berada dalam senarai pemain yang akan dijual musim panas nanti.

Ten Hag mengakui bahawa Martial adalah pemain penting pasukan, tetapi penyerang itu perlu membuktikan kecergasannya pada tahap terbaik untuk kekal ketika United juga dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat Harry Kane sebagai penggempur baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI