fbpx

EPL: Arsenal sudah bijak serap tekanan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA mengakui dia dan rakan sepasukannya sudah mula berjaya menyesuaikan diri dengan tekanan yang dihadapi ketika ini. – AFP

LONDON – Biarpun berdepan tekanan lebih tinggi berbanding musim sebelum ini, pemain te­ngah Arsenal, Granit Xhaka mera­sakan seluruh pasukan itu kini sudah memiliki mentaliti luar biasa untuk cuba menye­rapnya.

Menerusi kelebihan yang ada untuk membolehkan The Gunners terus memimpin carta Liga Perdana Inggeris (EPL), Xhaka menjelaskan segalanya akan bermula pada perhitungan dengan kunjungan mereka ke Craven Cottage untuk bertemu Fulham, malam ini.

“Kamu boleh lihat pasukan lain bermain dengan cara berbeza ketika menentang kami. Ada pasukan yang bermain bertahan, ada juga yang tampil de­ngan aksi menekan, namun ia perkara biasa apabila kami sedang berada di kedudukan teratas.

“Sudah pasti tekanan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Namun, pada dasarnya saya fikir kami sudah lakukan tugas de­ngan baik dan pasukan ini memiliki mentaliti terbaik untuk me­ngatasi semua cabaran dihadapi.

“Dalam Liga Perdana Ing­geris, tidak kira di mana sekalipun kedudukan pasukan lawan, cabarannya tetap sama. Kamu lihat kemenangan yang kami ca­tatkan dalam perlawanan lepas dan bagi saya, selagi kami mampu dapatkan keputusan baik, tiada siapa akan bertanyakan kedudukan kami pada hujung Mei nanti,” katanya.

Selain misi memburu kejua­raan EPL, The Gunners juga masih bersaing di pentas Eropah ketika seri 2-2 dengan Sporting Lisbon pada aksi pertama pusi­ngan 16 terbaik Liga Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI