fbpx

Neymar jalani pembedahan buku lali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR berjaya menjalani pembedahan buku lalinya di Doha, namun perlu berehat sehingga empat bulan untuk pulih. – AFP

DOHA – Bintang bola sepak dunia, Neymar berjaya menjalani pembedahan buku lali di Doha kelmarin, namun berkemungkinan terpaksa melupakan baki saingan musim ini untuk proses pemulihan.

Pemain berusia 31 tahun tersebut menjalani pembedahan di Hospital Aspetar yang mengambil masa beberapa jam dan proses pembedahan itu diketuai pakar bedah dari Britain, James Calder.

“Pembedahan buku lali Neymar selesai dengan baik dan pembedahan itu dilakukan pagi tadi.

“Neymar kini akan mengikut protokol yang ditetapkan untuk berehat dan menerima rawatan selanjutnya,” kata Paris Saint-Germain (PSG) dalam satu kenya­taan.

Susulan pembedahan tersebut, Neymar mungkin tersisih selama empat bulan atau lebih selepas mengalami kecederaan terbaru ketika menentang Lille, bulan lalu.

Kecederaan buku lali sering menghantui pemain itu sejak PSG menandatanganinya de­ngan rekod dunia €222 juta (RM1.069 bilion) pada 2017.

Sejak kehadirannya bersama PSG, Neymar hanya bermain 49 peratus di Ligue 1 iaitu 112 daripada 228 perlawanan.

Neymar sebelum ini turut mengalami masalah sama sewaktu Piala Dunia Qatar 2022 dan turut berikrar untuk kembali dengan lebih baik sejurus pulih daripada kecederaan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI