SEBAB sebiji limau, kasihan pelakon Elisya Sandha bertubi-tubi kena kecam dengan netizen. Kisahnya, baru-baru ini adik kepada pelakon Fasha Sandha Itu ada berkongsi sebuah video masakan dalam Instagramnya.
Menu yang dimasak Elisya itu adalah mi segera goreng yang diminta oleh suaminya, Uzair. Tapi lain pula jadinya apabila limau kasturi yang diletakkan Elisya sebagai hiasan telah menjadi perhatian netizen.
Ramai yang mengkritik dan memberitahu cara Elisha memotong limau kasturi itu salah. Amboi! Tajam betul mata netizen.
Maka bertubi-tubilah netizen bercakap tentang limau yang dipotong salah itu, berbanding usaha murni Elisya memasak mi goreng untuk suaminya itu.
“Cara potong limau salah. Kalau potong begitu macam mana nak perah? Kena potong melintang,” ajar seorang netizen.
“Aku yang tak pandai masak pun tahu cara potong limau tu salah,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
Malah, ada netizen telah menyuruh Elisya untuk menuntut ilmu dengan ibu mentuanya iaitu Sheila Rusly.
Tapi dalam semua komen itu, tidak semuanya mengkritik. Ada juga peminat yang tampil memberikan sokongan kepada Elisya untuk terus belajar memasak dan mengabaikan kritikan netizen.
Ada-ada sajalah netizen. Benda kecil, tak perlulah hendak diperbesar-besarkan.
Mungkin Elisya nak cepat agaknya sampai tersalah teknik potong.
DIVA: Sebaknya dengar lagu Terus yang mengisahkan isi hati Puteri Sarah.