fbpx

Bandar China dikritik kerana cadang ‘lockdown’ kawal selesema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk membeli kit ujian saringan Covid-19 di sebuah farmasi di Xi'an pada 20 Disember 2022. - AFP

BEIJING – Pihak berkuasa bandar Xi’an, China dikritik selepas mencadangkan pelaksanaan perintah berkurung sekiranya perlu bagi memerangi wabak selesema pada masa akan datang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Berdasarkan pelan tindak balas kecemasan yang didedahkan Rabu lalu, Xi’an akan menutup beberapa kawasan dan sekolah jika sesuatu wabak penyakit menimbulkan ancaman teruk kepada orang ramai. 

Ramai pengguna internet mendakwa rancangan itu berlebihan terutamanya selepas beberapa siri kritikan terhadap dasar kawalan Covid-19 di China.

Kes selesema biasa dilaporkan meningkat di seluruh China ketika gelombang terbaharu Covid-19 semakin berkurangan.

Peningkatan jangkitan itu juga menyebabkan berlakunya kekurangan ubat antivirus di kebanyakan farmasi seluruh negara.

Walaupun masih belum ada keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung di Xi’an pada masa ini, orang ramai bimbang sekiranya rancangan itu serupa dengan pendekatan sifar Covid yang dimansuhkan pada Disember 2022.

Seorang pengguna menulis di platform media sosial China, Weibo bahawa wabak influenza menjadi perkara biasa sebelum Covid-19 muncul dan kehidupan penduduk berjalan seperti biasa apabila ia melanda.

Pengguna lain pula mendakwa pemerintah tempatan ‘ketagih’ untuk mengelak dan mengawal wabak. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI