fbpx

Suria, Indah pujuk Dee Subong pindah ke habitat asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan memindahkan Dee Subong (tengah) dengan bantuan dua gajah denak, Suria dan Indah di Kampung Subong, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa enam jam setengah untuk memindahkan seekor gajah jantan liar di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini hari ini.

Ketua Operasi Translokasi Gajah Liar RPT Sungai Terah, Jimmy Anak Unau berkata, seramai 24 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi memindahkan gajah yang diberi nama Dee Subong.

Katanya, dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Terengganu digunakan untuk memujuk gajah jantan seberat 2.5 tan berkenaan.

“Gajah jantan itu ditangkap pada pukul 9 pagi, Khamis lalu di kawasan kebun penduduk di Jalan Subong.

“Operasi mengesan gajah jantan terbabit dilakukan oleh Unit Tangkapan Gajah Perhilitan Kelantan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka dan Perhilitan Kelantan sejak Isnin lalu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Jimmy yang juga merupakan Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Hulu Terengganu berkata, gajah tersebut dipercayai berasal dari hutan simpan berhampiran iaitu Hutan Simpan Nenggiri di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI