fbpx

Cagaran simpanan KWSP hanya untuk yang terdesak sahaja – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) melawat gerai pameran pada Sambutan Hari Air Sedunia 2023 peringkat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

IPOH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan cadangan agar simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan sebagai cagaran untuk pinjaman bank, hanya dibenarkan untuk individu yang terdesak memerlukan wang segera sahaja

Menurut Perdana Menteri, kerajaan kekal dengan keputusannya tidak membenarkan lagi pengeluaran wang KWSP sebelum tempoh yang dibenarkan.

“Kita tidak bagi (dikeluarkan lagi), kita dah kata dah keluarkan (sebelum ini), ini bukan lagi pandemik Covid-19, orang pun sudah (boleh) bekerja tetapi ada beberapa kes yang mendesak, sebagai contoh, dia ada wang (simpanan KWSP), tetapi dia tidak boleh bayar yuran pendidikan anaknya di luar negara (sekarang) jadi kes seperti itu ditelitilah.

“Tetapi, kita tidak benarkan dia ambil daripada KWSP, syarat-syarat itu kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 Accelerating Change di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak bahawa cadangan itu tidak bijak, beliau menjelaskan: “Biasalah (pandangan orang). Kalau ikutkan saya, tidak bagi dah, tetapi ada beberapa kes yang diteliti itu yang munasabah, (sebagai contoh), dia ada RM1 juta simpanan KWSP, tetapi dia terdesak, jadi kes-kes seperti ini harus kita beri pertimbangan.”

Mengenai isu permintaan kerajaan Pulau Pinang untuk membeli air dari Perak beberapa tahun lalu yang masih buntu, Anwar memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan antara kedua-dua kerajaan negeri dibantu oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau memaklumkan, kerajaan Perak sudah tentu memberi keutamaan kepada keperluan negeri dan perancangan serta unjuran penggunaan penduduknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI