fbpx

DUN Kelantan mungkin bubar pertengahan Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (tengah) melakukan gimik perasmian Festival Beliawanis Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED / KOSMO!

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mungkin akan dibubarkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, masa tersebut dilihat bersesuaian apabila tempoh penggal DUN tamat pada pertengahan Jun.

Menurutnya, setakat ini, kesemua enam negeri yang akan mengadakan PRN hampir bersetuju agar pilihan raya diadakan serentak selepas bulan tersebut.

“Mungkin kita akan bubar DUN pada bulan Jun. Selepas 60 hari, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menentukan tarikh paling sesuai pada hemat mereka untuk diadakan pilihan raya.

“20 Mac nanti DUN Kelantan akan bersidang selama dua hari. Saya kira, ia akan menjadi sidang terakhir sebelum pembubarannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Beliawanis Kelantan bersempena Karnival Gegey Gegok Anok Mudo Kelate di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI