fbpx

Peserta PLKN terkenang beratur hujung minggu ambil telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan yang dikongsi di Facebook menunjukkan peserta PLKN beratur untuk mendapatkan telefon bimbit masing-masing.

PETALING JAYA – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan pada 2003 ternyata memberi kesan dan memori kepada setiap pesertanya.

Menurut satu perkongsian di laman sosial Facebook Kedah Kini, paling diingati apabila tibanya hari minggu kerana peserta akan beratur untuk mendapatkan telefon bimbit masing-masing.

Menjengah di ruangan komen, ramai peserta PLKN mengatakan detik tersebut adalah yang paling ditunggu-tunggu setiap peserta.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Halim berkata, dia yang berlatih di sebuah kem di Hulu Terengganu menjelaskan tibanya hari Sabtu maka masing-masing akan beratur untuk dapatkan telefon bimbit yang diserahkan kepada pihak jurulatih.

“Hari Sabtu memang hari yang ditunggu, kami semua akan beratur. Saat yang ditunggu kerana ketika itu kita akan dapat lepaskan rindu pada ibu bapa.

“Akibat dendam politik PLKN dimansuhkan, bagi aku PLKN banyak membentuk sahsiah anak muda,” jelasnya.

Seorang lagi pengguna Facebook Aylin Najwa pula berkata, kenangan bersama rakan-rakan di sebuah kem di Perlis sehingga kini menjadi memori indah baginya.

“Aku dengan kawan-kawan masa tu lain-lain negeri, kali pertama berjumpa sudah rasa seronok. Boleh dengar loghat masing-masing.

“Sehingga kini kami masih berkawan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI