JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menangis teresak-esak ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor laman berita Liputan6 semalam.
Video yang dimuat naik dalam akaun Twitter @nkmthi_ itu berlatar belakangkan lagu kumpulan Armada bertajuk Harusnya Aku.
Ketika menyaksikan bekas kekasihnya berada di pelamin, wanita itu menangis sehingga matanya membengkak seperti baru sahaja ditumbuk.
Dia kelihatan ditenangkan oleh rakan-rakan yang hadir bersama ke majlis tersebut.
Rakaman itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Sebenarnya orang di sekeliling yang membuatkan kita menangis, apabila dinasihatkan untuk bersabar, tangisan menjadi semakin kuat,” komen seorang netizen.
“Kenapa datang majlis kalau belum bersedia?” komen netizen lain. – Agensi