fbpx

Dua pelajar sekolah ditahan lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang remaja yang ditahan selepas menyertai lumba haram di BORR, Bagan Ajam, Buttetworth malam tadi.

SEBERANG PERAI – Dua pelajar sekolah antara empat geng rempit yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan lumba haram di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam di sini malam tadi.

Mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan selama kira-kira tujuh jam berakhir pukul 12 tengah malam itu adalah berusia di antara 16 hingga 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika operasi dilakukan kebanyakan  mereka menunggang secara melulu dan merbahaya di sekitar lebuh raya itu.

“Keempat-empat mereka berlumba sesama sendiri dari Plaza Tol Bagan Ajam sehingga ke pusingan-U Terminal Kontena Butterworth Utara sambil melakukan aksi merbahaya.

“Mereka ditahan ketika berhenti di bahu jalan arah Sungai Dua di lebuh raya tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati dua suspek merupakan pelajar tingkatan lima, manakala dua lagi pekerja kilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI