fbpx

Kuasa Agong tidak isytihar darurat tidak boleh dicabar di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aziz (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Oleh SHAARANI ISMAIL

IPOH – Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menerima nasihat Perdana Menteri bagi mengisytiharkan darurat tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Pakar Perlembagaan yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dr. Abdul Azi Bari berkata, perkara itu sangat jelas dan sudah dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Sama ada Yang di-Pertuan Agong mahu menerima nasihat atau tidak, itu perkara lain, kalau Agong membuat keputusan untuk berkata tidak maka ia adalah tidak. Ia tak boleh dicabar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, undang-undang itu kekal dari sejak negara mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini dan kuasa mengisytihar darurat itu tidak boleh dicabar oleh sesiapa.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri juga tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan media selepas Istana Negara menjelaskan isu berkenaan kerana keputusan dibuat sudah pun muktamad dan tidak perlu lagi dibincangkan.

Beliau berkata, isu mencabar keputusan perisytiharan darurat oleh yang Yang di-Pertuan Agong pernah berlaku pada 1966, ketika Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Stephen Kalong Ningkan mahu disingkirkan dari jawatan berkenaan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tidak ada keperluan untuk isytihar darurat dan semua ahli politik perlu berhenti segera bermain politik.

Seri Paduka Baginda juga telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu 23 Oktober lalu.

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI