fbpx

Pemuda berusia 21 tahun maut langgar lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar motosikal yang dinaiki mangsa (kiri) dan seekor lembu yang dilanggar dalam kemalangan tersebut.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau, apabila seorang lelaki menemui ajal setelah terlanggar seekor lembu yang berada di atas jalan, di Jalan Lapangan Terbang, Subang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan jalan raya kira-kira pukul 2.14 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan seekor lembu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berhampiran susur masuk ke pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

“Ketika kejadian, mangsa warga tempatan berusia 21 tahun terlanggar seekor lembu dan mengalami kecederaan di kepala. Pemandu maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihaknya menyeru sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI