fbpx

Lelaki nyaris rebah dakwa hidu kimia dalam beg dari Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba ketika mengesan bahan kimia seperti yang didakwa mangsa , di Kiara Plaza, Jalan Semenyih, Kajang pagi tadi.

KAJANG – Seorang lelaki tempatan berdepan detik cemas apabila mengalami kebas tangan dan jantung berdegup kencang selepas mendakwa hidu bau kimia di dalam bag mengandungi fail dibawa dari Taiwan di sebuah rumah, di Kiara Plaza, Jalan Semenyih, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.26 pagi tadi.

Katanya seramai 11 anggota lain-lain pangkat bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mengadu terdapat bau bahan kimia di dalam rumahnya dipercayai berpunca dari beg mengandungai fail dibawa balik dari Taiwan.

“Mangsa memaklumkan mengalami kebas tangan dan jantung berdegup kencang setelah bertindak memindahkan beg tersebut ke bahagian dapur.

“Mangsa seterusnya ke hospital dan telah mendapat rawatan di Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Morni, Hasil pemeriksaan kesihatan mangsa kini dalam keadaan stabil dan tiada mempunyai sebarang penyakit menimpanya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam, tiada unsur-unsur bahan kimia dikesan di bahagian dapur dan persekitaran rumah tersebut.

“Hasil siasatan polis, mangsa mengalami kerisauan dan kecelaruan ketara dan mempuyai rekod rawatan di hospital, bahan didakwa mengandungi bahan kimia telah diambil dan dilupuskan, tiada bahan kimia ditemui,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI