fbpx

Muhyiddin akur dengan apa jua keputusan MPT parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. -Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dengan apa jua keputusan yang ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri, berkata demikian setelah menghadapi enam pertuduhan kes mahkamah termasuk empat dakwaan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Jelas Muhyiddin, beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan badan tertinggi Bersatu itu.

“Saya akan bawa kedudukan saya kepada MPT untuk mereka putuskan kerana saya berbeza dengan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebab Presiden dipilih.

“Saya serahkan kepada mesyuarat MPT dalam masa terdekat. Apa jua keputusan, saya akan akur,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Saiful sebelum ini melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu setelah berhadapan kes mahkamah pada baru-baru ini.

Terdahulu, selepas Muhyiddin mengaku tidak bersalah, mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI