fbpx

Pengurus jual produk artis dituduh pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pengurus syarikat butik menjual produk jenama artis terkenal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah lebih RM41,000 tahun lalu.

SEREMBAN – Seorang bekas pengurus syarikat butik menjual produk jenama artis terkenal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah lebih RM41,000 tahun lalu.

Tertuduh, Siti Khadyja Razali, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, Siti Khadyja sebagai Pengurus di Syarikat Fazfit Sdn.Bhd. yang telah diamanahkan suatu harta iaitu wang hasil jualan syarikat berjumlah RM41,143.50 telah melakukan pecah amanah jenayah.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat syarikat terbabit di Aeon Nilai dekat Nilai pada 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 24 Mac depan.

Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah, ahli keluarga yang beremosi bertindak menghalang wartawan membuat liputan selain memarahi jurugambar yang merakamkan gambar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI