fbpx

Henti tularkan video lama pendakwah maki polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video ceramah pada tahun 2016 yang ditularkan semula membabitkan pendakwa menghina warga PDRM.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penyebaran satu klip video berdurasi 55 saat yang kembali ditularkan melalui media sosial membabitkan seorang pendakwah di dalam satu ceramahnya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, klip video tersebut memaparkan seorang penceramah agama mengeluarkan kenyataan menghina dan memfitnah warga PDRM.

Katanya, kenyataan tersebut dikeluarkan ketika menyampaikan ceramahnya dengan mendakwa polis tidak sembahyang Jumaat serta menggelarkan anggota polis sebagai ‘bodoh’ kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

“Semakan mendapati klip video berkenaan adalah rakaman pada tahun 2016.

“Penceramah terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) di mahkamah majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Skandaguru mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsurkan fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi lanjut video berkenaan menerusi mana-mana platform media sosial.

“Perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI