fbpx

Tiada kelibat penyokong Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur yang sedang dikawal ketat oleh pihak berkuasa, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Kelibat penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum kelihatan di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur setakat pukul 8 pagi ini.

Walau bagaimanapun, keadaan lalu lintas sedang dikawal ketat oleh pihak berkuasa dari luar pagar sehingga ke lobi utama.

Semalam, Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Beliau bakal berdepan tujuh pertuduhan mahkamah hari ini sejurus memberi keterangan hampir sembilan jam, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI