fbpx

Polis buru lelaki rompak, raba kemaluan pemilik kedai ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengancam seorang wanita dalam rompakan sebuah kedai ketum di daerah Tung Song pada Sabtu lalu. - TikTok@anantarak27/Thai Special Force

BANGKOK – Polis di daerah Tung Song di wilayah Nakhon Thammarat memburu seorang lelaki yang merompak sebuah kedai ketum pada Sabtu lalu, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Menurut polis, lelaki itu bukan sahaja mengancam seorang gadis yang merupakan pemilik kedai dengan sepucuk pistol tetapi juga meraba kemaluan mangsa sebelum dia bertindak melarikan diri.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan suspek memakai jaket dan topi keledar meletakkan motosikalnya sebelum memasuki kedai berkenaan lalu mengancam mangsa.

Suspek yang tidak dinamakan itu mencuri semua wang tunai sebelum melakukan serangan seksual terhadap gadis itu. 

Mangsa dikenali sebagai dan Ta berusia 19 tahun memberitahu media bahawa dia dan ibunya menyewa sebuah rumah di Tung Song-Kapong Road lima bulan lalu supaya mereka boleh mengusahakan kedai menjual ketum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI