fbpx

Messi, Mbappe gagal hilangkan badi PSG di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Messi dan Mbappe pada aksi menentang Bayern belum mampu mengubah hakikat PSG tersingkir daripada Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mendakwa kelab gergasi Liga Perancis itu sudah melakukan semaksimum yang mungkin untuk terus kekal bersaing meskipun akur tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh gergasi Jerman, Bayern Munich 2-0 di Allianz Arena awal pagi semalam.

Pada aksi timbal balik pertama, PSG telah meletakkan diri mereka dengan laluan getir untuk diselesaikan selepas tewas 0-1 pada pusingan pertama kepada Bayern di Parc des Princess, manakala masalah buku lali Neymar telah menambah kesukaran kelab mewah Paris itu untuk bangkit berjuang.

“Kami kecewa. Begitulah keadaannya, kami perlu meneruskan, cuba mencabar semua orang. Mereka (Bayern) mempunyai pasukan yang dibina untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Pada awal musim, semasa sidang akhbat Liga Juara-Juara, saya berkatra bahawa kami akan melakukan sehabis baik. Ini adalah maksimum kami. Kami akan mempersoalkan diri sendiri dan kembali kepada kehidupan harian penuh kedukaan,” kata Mbappe.

Sementara itu, jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier menegaskan, mereka terpaksa akur dan perlu menerima dengan hati terbuka keputusan yang menyaksikan mereka ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Pada aksi timbal balik bagi pusingan 16 pasukan terbaik yang berlangsung di Allianz Arena, awal pagi semalam, PSG tewas 0-2 hasil jaringan Eric Maxim Choupo-Moting dan Serge Gnabry, sekali gus memastikan ­Bayern mara ke suku akhir dengan agregat 3-0.

Galtier berkata, mereka sudah cuba memberikan segala-gala­nya pada perlawanan semalam, namun nasib tidak menyebelahi PSG, lebih-lebih lagi Bayern mendapat suntikan semangat beraksi di laman sendiri.

“Kekalahan ini sangat mengecewakan, namun kami perlu terima keputusan dengan hati terbuka. Bukan sahaja saya, malah semua orang di kelab ini sangat kecewa apabila gagal meneruskan kemaraan.

“Saya tahu kami berdepan ke­sukaran pada pertemuan pertama sebelum ini. Bagaimanapun, kami turun ke padang malam ini (semalam) dengan harapan cukup tinggi dan bermain sangat baik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meluahkan kekecewaan apabila barisan pertahanan PSG gagal menjalankan tugas dengan baik kerana terlalu mudah membenarkan Bayern untuk membuka tirai jaringan.

“Memang benar kami menguasai permainan dan mencipta peluang, namun gagal dimanfaatkan. Kemudian, kami melepaskan gol yang sangat bodoh di separuh masa kedua dan ia jelas mempengaruhi permainan pasukan,” ujar Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI