fbpx

MBSB Bank buka cawangan ke-47 di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan (tengah) pada majlis perasmian cawangan terbaharu MBSB Bank di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

KOTA BHARU – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah merasmikan cawangan terbaharunya di Kota Bharu, Kelantan dan yang merupakan cawangan yang ke-47 di negara. 

Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim berkata, pembukaan cawangan tersebut penting untuk bank menguruskan kewangan pelanggan secara berinteraksi dan bersemuka. 

Menurutnya, cawangan itu juga berfungsi sebagai pusat tumpuan dalam kalangan komuniti setempat terutamanya di Kota Bharu. 

“Kita sentiasa komited untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja menerusi produk-produk perbankan, tetapi juga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat. 

“Kita turut menyalurkan sumbangan makanan asas melalui Program ‘Box Of Care’ kepada 300 penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu pada Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian MBSB Bank di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini. 

Azlan (duduk, dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan MBSB Bank dan pelanggan.

Selain itu, Azlan menerangkan, program tanggungjawab sosial MBSB telah  diteruskan pada Januari lalu apabila sumbangan kotak makanan diagihkan kepada 150 mangsa banjir di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Pasir Mas. 

Menurutnya, program itu membuktikan MBSB Bank amat menitik beratkan program khidmat masyarakat dan turun padang bertemu golongan kurang berkemampuan dan memerlukan. 

“Disamping itu, perkhidmatan MBSB Bank juga bukan hanya terhad pada pengurusan perbankan untuk pengeluaran dan penyimpanan wang sahaja, malah kami mengalu-alukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya dapat memanfaatkan pembiayaan perbelanjaan modal, perbelanjaan operasi dan modal kerja yang ditawarkan oleh bank.

“Pengusaha PKS juga boleh memohon Skim Jaminan Kerajaan Pemulih (PGGS) melalui MBSB Bank oleh syarikat Jaminan Pembayaran Perniagaan Berhad (SJPP) yang menyediakan pembiayaan baharu, kemudahan pembiayaan sedia, lanjutan tempoh pembiayaan dan modal kerja tambahan bagi menggiatkan semula perniagaan,” katanya.

Menurut Azlan, MBSB Bank turut menawarkan pembiayaan peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga ke RM400,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. 

Selain itu, produk Deposit Bertempoh-i menawarkan kadar yang sangat kompetitif sehingga 4.30 peratus setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI