fbpx

Bukit Aman siasat kenyataan Hadi Awang mahu jatuhkan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Amanah Nasional membuat satu laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pengakuannya bahawa ada usaha oleh PN untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan.

Sebelum itu, media melaporkan Abdul Hadi berkata tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan maskipun ada yang meremehkan perkara itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI