fbpx

Pesakit kanser meningkat di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (dua dari kiri) merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Terengganu di Marang, hari ini.

MARANG – Kes kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 pada tahun lalu berbanding 1,193 kes pada tahun 2021.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kanser payu dara paling tertinggi iaitu 24 peratus atau 291 orang dan yang paling kerap dikesan di negeri ini ialah kanser payu dara, kanser usus dan kanser paru-paru.

“Peningkatan tersebut kerana kurangnya kesedaran untuk mencegah atau dapatkan rawatan awal.

“Apa yang merisaukan, lebih 60 peratus pesakit lewat dapatkan rawatan apabila sudah berada pada tahap tiga atau empat,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Terengganu, di sini hari ini.

Kasemani berkata, penyakit kanser sebenarnya boleh dikawal sekiranya dikesan lebih awal dan orang ramai perlu mengambil berat isu penjagaan kesihatan kerana antara faktor menyumbang kepada risiko penyakit kanser adalah gaya hidup, pemakanan dan keturunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI