fbpx

Dewan Rakyat: Sistem pendidikan digital menyeluruh belum dapat dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelaksanaan sistem pendidikan digital secara menyeluruh tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat atas beberapa faktor.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, pihaknya memahami isu beg berat dalam kalangan murid sekolah sering dibangkitkan ketika ini, namun atas kekangan kewangan dan masalah capaian internet telah menghalang perlaksanaan tersebut.

Namun kata beliau, beberapa usaha lain telah dilakukan oleh KPM ketika ini antaranya menukar bahan sistem pendidikan termasuk buku teks secara fizikal kepada digital.

“KPM telah menyediakan sebahagian bahan pembelajaran dalam bentuk digital dan sebanyak 754 buah buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

“Saya tidak dapat memberikan jangka masa (pelaksanaan sistem digital) sebab ini juga tertakluk kepada kekangan kewangan. Jadi mungkin kita akan adakan (kajian) terperinci serta ada jangka masa tertentu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang mahu kerajaan menyatakan apakah keputusan kementerian mengenai penyelesaian masalah bagi meringankan beban beg berat dalam kalangan pelajar terutamanya sekolah kebangsaan dan jangka masa pelaksanaan sistem pendidikan digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI