fbpx

Isu rumah tangga dibawa ke Mahkamah Syariah – Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa Hassan.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengarahkan peguamnya untuk membawa isu berhubung masalah rumah tangganya ke Mahkamah Syariah.

Musa berkata, tindakan berkenaan diambil adalah untuk tidak mengaibkan mana-mana pihak dan permohonan sedang dilakukan oleh peguamnya kepada Mahkamah Syariah berhubung perlakuan isteri terhadap dirinya.

“Saya lebih selesa dengan proses keadilan perlu melalui undang-undang dan Mahkamah. Isu rumah tangga ini, saya serahkan kepada peguam saya untuk bawanya ke Mahkamah Syariah.

“Sudah tentu saya ada sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada Mahkamah Syariah jadi biarlah Mahkamah menentukannya,” katanya, di sini.

Katanya, isu berhubung masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Saya juga tidak tinggal serumah dengan isteri sejak enam bulan lalu.

Tambahnya, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu, dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Saya akan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan, tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” ujarnya.

Musa turut mengingatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut yang dilihat sengaja menjatuhkan maruahnya sebagai seseorang yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingin menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI