fbpx

Tiga beradik maut, kemalangan babit tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara tiga beradik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, Lahad Datu malam tadi. - FOTO IHSAN BOMBA

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara tiga beradik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Bekapit, Jalan Tungku, malam tadi.

Mangsa, Ellaine Sappari, 4, menaiki motosikal jenis Honda Wave bersama kakak dan abangnya Isang, 39, serta Amil, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

“Seramai lima pegawai dan anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan lapan mangsa daripada tiga kenderaan iaitu motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu D’Max.

“Tiga mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI