fbpx

Premis seleweng diesel diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tangki yang disita setelah disyaki menyimpan diesel tanpa kebenaran di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Sejumlah 41,000 liter minyak diesel dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Mergong dekat sini semalam.

Dalam operasi pada pukul 11 pagi itu, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Kuala Kedah mendapati premis itu tidak mempunyai kebenaran bertulis untuk berurus niaga dengan barang kawalan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Affendi Rajini Kanth berkata, PPM bertindak menyita diesel yang ditemui di dalam sebuah lori dan dua tangki.

“Sebuah lori tangki bernombor pendaftaran tempatan dan peralatan lain seperti tiga unit pam minyak dan enam pam hos disita kerana disyaki digunakan untuk penyelewengan diesel berkenaan.

“Pemandu lori yang berusia lingkungan 60-an ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI