fbpx

Lori tangki bawa cecair petroleum terbabas, laluan arah selatan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-kerja pengalihan treler muatan cecair petroleum dijalankan di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Ipoh, hari ini.

IPOH – Semua lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan dari laluan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan sebuah treler muatan cecair petroleum yang terbabas di bahu jalan.

Penutupan itu juga dibuat bagi kerja pembersihan berikutan kebocoran yang disebabkan kemalangan di Kilometer 265 arah selatan.

Setakat pukul 9.29 pagi ini, Plustrafik dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan, laluan kontra diaktifkan dengan trafik perlahan 3.5 kilometer (KM) arah selatan manakala kenderaan perlahan 2KM arah utara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Shahrudi Muhamad Halil berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 6.17 petang semalam.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan 27,000 liter bahan bakar berisi petrol dan diesel yang terbabas ke bahu jalan.

“Pemindahan cecair petroleum telah dilakukan ke tangki treler lain. Kerja-kerja pengalihan lori sedang dilakukan dengan bantuan kren.

“Operasi turut melibatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Tapah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI