fbpx

[VIDEO] Penyokong PN ‘banjiri’ SPRM, beri sokongan buat Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu. FOTO MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sejak 9 pagi tadi bagi memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka hadir memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berhubung kes rasuah Jana Wibawa pada pukul 11 pagi ini.

Turut kelihatan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor serta Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Muhammad Suhaimai Yahya.

Kebanyakan penyokong yang hadir memakai baju putih tertera gambar wajah Muhyiddin sebagai tanda solidariti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ketika ini, keadaan agak terkawal dan beberapa anggota polis dilihat membantu mengawal aliran trafik dan penyokong yang hadir.

Pada masa sama, lebih 50 pengamal media turut hadir membuat liputan di hadapan bangunan SPRM itu.

Sebelum ini, beberapa media dan portal berita melaporkan bahwa Muhyiddin mungkin ditahan dan didakwa SPRM dalam masa terdekat.

Difahamkan, pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu dipercayai berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI