PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan terhadap tujuh negeri pagi ini.
MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hujan dijangka di beberapa kawasan pantai Perak dan Selangor.
Katanya, hujan di satu dua tempat bagi negeri Terengganu, Pahang dan Johor.
Sementara itu, cuaca sama diramal di Sabah iaitu sekitar Tawau, Sandakan dan Kudat.
Seterusnya, hujan lebat turut landa Sarawak, di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, Mendung dan Sarikei.
Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk itu dijangka kembali reda dalam tempoh beberapa jam lagi. -KOSMO! ONLINE.