PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik didakwa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam.
Timbul spekulasi mengatakan pemimpinan tersebut akan ditahan dan dibawa ke mahkamah pada Jumaat.
Dipercayai, tangkapan tersebut mempunyai kaitan dengan Program Jana Wibawa.
Susulan itu juga, turut tersebar satu mesej yang mengajak penyokong-penyokong individu berkenaan untuk turun beramai-ramai ke Pejabat SPRM Putrajaya esok bagi memberikan sokongan kepada pemimpin mereka. – KOSMO! ONLINE