fbpx

Manchester United tekad tidak mahu dimalukan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG mahu anak-anak buahnya bangkit mencatat keputusan positif menjelang aksi menentang Real Betis pada Liga Europa di Old Trafford awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak rela pasukannya dimalukan buat kali kedua berturut-turut menjelang aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa menentang Real Betis di Old Trafford awal pagi esok.

The Red Devils baru sahaja diaibkan dengan kekalahan besar 0-7 kepada musuh tradisi, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi Isnin lalu.

Barisan pemain United perlu bangkit ke tahap sebenar jika tidak mahu terus merakam keputusan negatif memandangkan mereka pernah tewas 0-1 kepada Betis dalam satu aksi persahabatan hujung tahun lalu.

Lebih menyukarkan apabila Ten Hag mungkin terpaksa merehatkan Casemiro kerana bimbang pemain tengah bertahan itu mengutip kad kuning sekali gus terlepas aksi timbal balik di Sepanyol minggu depan.

Bagaimanapun, pengendali Betis, Manuel Pellegrini enggan terlalu yakin anak-anak buahnya mampu mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dialami para pemain United ketika ini.

“Kami perlu merendah diri apabila berdepan dengan United. Kami perlu bermain seperti biasa dan cuba menjadikannya satu perlawanan yang rumit buat mereka.

“Perlawanan pertama ini tidak begitu penting berbanding aksi timbal balik nanti tetapi jika kami dapat mengambil kesempatan, ia bonus buat kami.

“Sekarang kami perlu mengawal situasi ini kerana keputusan boleh menjadi berbeza selepas apa yang berlaku kepada United (tewas 0-7 kepada Liverpool),” kata Pellegrini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN