fbpx

Sabah negeri terawal umum kadar zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya (tiga dari kanan) menunjukkan kadar zakat fitrah negeri Sabah sebanyak RM7 bagi tahun 2023. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin mengumumkan kadar zakat fitrah kekal RM7 tahun ini di negeri Sabah.

Pemakluman berkenaan sekali gus menjadikan Sabah negeri terawal mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2023.

Yahya memaklumkan kadar berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.

“Jumlah keseluruhan kutipan zakat fitrah tahun lalu adalah berjumlah RM10,928,619.40 membabitkan
1,560,627 orang.

“Bilangan terbabit menunjukkan peningkatan seramai 23,497 pembayar atau 1.53 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 1,537,130 orang dan bagi kutipan zakat harta pula, jumlah keseluruhan yang diperolehi adalah RM122,498,456.57,” katanya ketika sidang media khas Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah hari ini.

Mengulas lanjut, Yahya turut menyatakan pihak MUIS juga sudah melantik seramai 2,200 orang wakil amil dan 39 orang penyelaras wakil amil bagi menyelaraskan serta memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak RM18.68 juta diperuntukan MUIS bagi diagihkan kepada golongan memerlukan di seluruh Sabah sepanjang Ramadan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI