fbpx

Sistem bunyi ‘sebesar alam’ punca bumbung rumah penduduk rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi atap geting rumah penduduk rosak akibat bunyi kuat. - Twitter

JAKARTA – Atap beberapa rumah penduduk sebuah kampung di Indonesia rosak teruk disebabkan oleh sistem bunyi gergasi yang dipasang untuk sebuah majlis, lapor laman berita Liputan6.

Berdasarkan sebuah klip video yang dimuat naik dalam akaun Twitter @LokalPendaki, sistem bunyi itu menyebabkan atap-atap genting jatuh dari bumbung rumah penduduk.

Ia dikatakan telah dipasang menggunakan rangka besi pada ketinggian yang melepasi rumah penduduk kampung. 

Sebilangan penduduk kampung kelihatan panik ketika menyaksikan atap genting itu runtuh manakala beberapa kanak-kanak bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun bunyi kuat itu menyebabkan kekecohan, penganjur majlis tersebut tidak segera merendahkan bunyi berkenaan.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Simulasi gempa bumi,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI